Selasa, 24 Mei 2011

Fasa Pertama

Hari ni aku berjaya menepis godaan paling kuat yang sebelum ni.. aku memang "loose".

Alhamdulillah.. banyak hikmah yang ku dapat bila dah begini.. Aku bersyukur.. Aku berjaya menahan keinginan ku demi sebuah jawapan... Aku tak mahu hanyut lagi.. Cukup-cukupla selama ini aku terlalu menurut kata hati, bukan akal...

Memang payah nak menepisnya.. lebih2 kau dah terbiasa dengan perkara tu bertahun2.. Tapi syukur doa ku Allah makbulkan di kuat kan hati ku untuk tidak menurut godaan tu..

Ampuni aku ya Allah.. kerana selama ini leka...

Semoga aku kan kekal kuat.. Demi jawapan yang ku inginkan.. aku harus kuat..

Ahad, 15 Mei 2011

Hijrah

13 May 2011

Hari ni dalam sejarah idup aku.. macam kata boss aku " you really plunge into a new place "
Yup!! Hari ni aku start pakai kerudung/hijab/jilbab/tudung..

Alhamdulillah.. Reaksi kengkawan sangat positif.. Mereka gembira.. Bagi remarks "comel"..
aku pun rasa sangat bessstttt...

Tapi seikhlasnya.. aku pikir aku akan rasa tidak selesa, panas & berbagai lagi yang bermain di kepala..tapi aku silap.. Yang aku rasa adalah aku sangat tenang.. sejuk.. Damai..

Ya Allah.. moga penghijrahan ku ini di redhaiMU.. kerana aku hanya ingin mencari Redha mu.
Moga aku di beri ketenangan.. & moga aku boleh mengawal keinginan setanku... supaya aku
menjadi hamba mu yang beriman ya Allah...

Amiinnnnn.

Sabtu, 30 April 2011

Sedih..

Aku sebenarnya tak pasti.. kenapa la.. adik ku yang sorang ni.. jadi macam ni..

Dia yang tuhan beri rezeki yang melimpah ruah.. (Punya suami penyayang, rumah besar, anak2 yang bijak, kehidupan yang terlalu jauh lebih baik dari waktu kami kecik2 dulu)

Hanya kerana sb bertengkar dengan sorang lagi adik ku mengenai "kenapa tak nak belanja & biskut mahal" - telah membuang saudara dalam FB list nya..

Sedih.. bila melihat adik2 ku ini masing2 buat statement status yang sebenarnya memperbodohkan diri di alam cyber ni utk yang lain lihat & bertepuk tangan..

Mungkin betul kot kata adik lelaki yang sorang ni..katanya ada saudara tu kata.. SAKA yang ada dalam famili ni membuat kan kami adik beradik PANAS & tak dapat bersatu..

Entahlah? Pada aku bermula dari hati masing2.. Seharusnya dah berusia begini.. adatla manusia tidak ada yang sempurna.. ini kan pula kita.. bertolak ansur la menerima ketidak sempurnaan masing2.. Ini tak masing2 pikir masing2 la betul & tidak ada cacat celanya.. Maka orang lain tu la yang salah..

Dah tak tau aku nak buat apa.. Aku cuba cool kan kedua2nya.. Tapi akhirnya aku jugak di buang..

& hari ni dah berberapa hari perkara ni berlaku .. it's really makes me feel so down..

Muhasabah diri...

Menaip balik catatan 10 SEBAB TIDAK DIGALAKKAN PILIH SUAMI ORANG.. buat aku lebih banyak berpikir.. selama ini penantian aku hanya-hanyalah sia-sia..

Entahlah..! Bila perasaan cinta menguasai diri, aku hilang pertimbangan.. Aku seharusnya sudah matang dalam menghadapi hidup.. Hampir 42 tahun usia ku.. Sepatutnya aku dari awal lagi sedar akan risiko yang bakal ku ambil bila memilih dia sebagai kekasih hati..

Pelikkan? Aku yang dari awalnya tidak mau lagi terjebak dengan perasaan ini.. telah membiarkan ianya menguasai aku.. Kini.. aku sedar.. aku harus bangkit.. & aku harus pergi...

Cinta seharusnya aku beri kepada yang maha Esa.. agar ketenangan yang ku cari selama ini dapat aku miliki..

Ya Allah .. Berilah aku kekuatan itu...

10. MASI ITU EMAS! & KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu udah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua.. khususnya wanita..

Lebih-lebih lagi peringatan kepada diri aku sendiri.. hmmmmmm

9. BERWASPADALAH DENGAN 'BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan & tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan ornag lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika di menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiii.. Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seroang yang menderita !

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)