Isnin, 26 September 2011

Bermula Sejarah Baru

Lama jugak aku tak menterjemahkan kan apa yang terbuku dalam hati aku ke bait-bait tulisan dalam alam maya ini.. (cheh! berfeeling pujangga la plak)

Anyway banyak yang berlaku sepanjang peninggalan aku mengadap blog ni. (macam la ada orang nak baca kan?)

Mana ye nak mula ?

Ha.. peristiwa yang dah berlalu.. kita panggil sejarah kan..? So.. aku rasa sangat bersyukur sebab apa yang telah berlaku memberi banyak kesedaran kepada aku.. Allah tu Maha Agung, Maha Mengetahui, Maha Penyayang.. Dia masih lagi memberi aku peluang untuk aku perbetulkan diri aku yang terlalu banyak kesilapan ini.. Yang terlalu alpa sebelum ini.. Alhamdulillah...

Apa yang berlaku antara aku dengan dia menyedarkan aku bahawa aku seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi kepercayaan... Kalau ikutkan hati nak je aku lempang laju-laju.. Sakit benar hati aku ni.. Vodo! Bebal! Kalau dah tahu tak berani, jangan berjanji bangang !!
(Eh? Emo la plak!)

Anyway.. sekarang setelah aku mula berhijrah.. aku rasa lebih tenang.. aku belajar untuk tarik nafas dalam-dalam.. lepaskan nafas.. dan mengatakan "ini ujian untuk ko, ini balasan untuk ko".
Aku try untuk ambil positif setiap perkara yang berlaku.. Payah jugak kan nak bersihkan hati yang dah hampir nak berkarat ni kan....

Aku pun tak pasti samada doa aku ni Allah sedang makbulkan ke.. atau ini juga ujian dariNya.

Maka tunggu je la apa yang akan berlaku seterusnya.. cuma yang boleh aku katakan kali ini.. aku rasa bahagia.. harap berkekalan...