Rabu, 4 April 2012

2012 Another new chapter

Tahun 2012 bermula dengan berbagai cerita yang cacamarba.

Kehidupan aku sebagai aku, kerjaya aku, sahabat-sahabatku. Aneh ! Tapi itulah realiti yang harus aku tempuh.

Penghujung 2011 aku menerima lagi seorang insan yang membuat hati aku terbuka setelah hampir setahun aku membiarkan hati ini tanpa penghuni.

Argh ! Cinta.. "Memang indah jatuh cinta" seperti kata sahabat ku. Tapi mengharunginya aku harus bersedia. Sudah bersediakah aku ???

Insan yang selama ini berada di depan mata aku, menjadi pendengar yang setia, peneman dikala aku bosan. The strange part is I was denying it at the beginning. He was not my type at all. I would not ever want to have someone who is younger than me to be my lover, since i do not know how to respect a person who is way younger than me. Tapi pelikkan ?? Ramai orang dah pesan, jangan cakap besar...

Pernah seorang lagi sahabat bertanyakan soalan

" Seandainya H ingin mengambil kau sebagai teman, mahu kah kau ?"
" Tak mungkin, tak mungkin akan terjadi, dia dah la rendah, muda plak "

Sekarang.. aku terpaksa menelan kata-kata ku kembali.

H yang selama ini berada di depan mata aku sejak aku mengenali dia di tahun 2008. Off & on our relation as a friend. Jumpa sekali sekala. Bercerita banyak perkara. (Eh ?! Sebenarnya aku saja yang bercerita, dia hanya banyak mendengar, sekali sekala menyampuk memberi pendapat)

Now.. He is the person whom i can't live without. It all happened, bila politik dalaman di tempat kerja aku menjadi semakin kalut & aku menjadi mangsanya. H sentiasa berada di sisi aku, menemani aku, mendengar, memberi semangat & yang paling aku terharu, mendorong aku melakukan apa yang selama ini hanya lah sebuah angan-angan.

Pushing me when i needed the most, lifted me when i fell down. Being my ear, my heart, with that i fell in love. H yang ku kenal hanya sebagai teman mendengar, teman aku hilang kan bosan kini lebih banyak bercakap dari aku. Hahaahah! Dan aku buta kerana tak nampak semua ni dulu.

I saw what i didn't see from other guys that i knew before. He will not only say it but he is doing what he says he will. He does not make any promises but he tries every time to make me happy. Those little things that he does. Every time when he look at me, he will give his cutest smile. He shows that he tried to understand why i love certain songs. He even google to find the lyrics so that he know and understand. He bring me to places that i love to go for makan2 even though he does not like those food i ate.

Subhanallah ! Sesungguh aku sangat sangat bersyukur, kerana hampir seabad umur ku ini baru aku temui seorang insan yang sangat menyenangkan hati & perasaan aku.

Tapi setiap yang berlaku tak kan berlaku dengan full package kan ? He belong to someone and i have tried to ignore this feelings but it just appeared out of nowhere. Kan orang kata "fell in love" aku "jatuh" bukan aku rancang untuk "jatuh" hati pada insan ini.

Kalau tidak, tak kan lah aku bagi ruang untuk insan lain cuba menghuni hati aku yang kosong sebelum ini. Sayangnya, insan duda itu tidak tau menghargai masa & sendiri tidak punya kepastian apa yang dia mahukan dalam hidup.

Too bad, time does not permits him to take his own sweet time. I love a guy yang ada pendirian. Yang tahu apa yang dia mahu, tegas & pandai membawa diri. Belum pernah sekali pun aku mendengar H memburukkan isteri nya sebagaimana yang pernah aku dengar dari kesemua "suami orang" yang cuba mendekati aku.

Yang ada "i sayang kan dia & i juga sayangkan u, tiada beza" . That i know from his conversation with the wife. He talks to her the same way he talks to me. Full of attention & love.

Entahla.. biar masa saja yang menentukan nya. Bilamana aku menangis, sebab merasa rindu & rasa bersalah mencintai dia. Jawapan dia, meminta aku berdoa yang terbaik buat aku & dia.

Ya Allah.. Engkau pengatur yang baik, maka aku serahkan diriku dalam aturan Mu & aku redha apa jua yang bakal Kau suratkan buat ku.. Aaamiiinnnn..

Isnin, 26 September 2011

Bermula Sejarah Baru

Lama jugak aku tak menterjemahkan kan apa yang terbuku dalam hati aku ke bait-bait tulisan dalam alam maya ini.. (cheh! berfeeling pujangga la plak)

Anyway banyak yang berlaku sepanjang peninggalan aku mengadap blog ni. (macam la ada orang nak baca kan?)

Mana ye nak mula ?

Ha.. peristiwa yang dah berlalu.. kita panggil sejarah kan..? So.. aku rasa sangat bersyukur sebab apa yang telah berlaku memberi banyak kesedaran kepada aku.. Allah tu Maha Agung, Maha Mengetahui, Maha Penyayang.. Dia masih lagi memberi aku peluang untuk aku perbetulkan diri aku yang terlalu banyak kesilapan ini.. Yang terlalu alpa sebelum ini.. Alhamdulillah...

Apa yang berlaku antara aku dengan dia menyedarkan aku bahawa aku seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi kepercayaan... Kalau ikutkan hati nak je aku lempang laju-laju.. Sakit benar hati aku ni.. Vodo! Bebal! Kalau dah tahu tak berani, jangan berjanji bangang !!
(Eh? Emo la plak!)

Anyway.. sekarang setelah aku mula berhijrah.. aku rasa lebih tenang.. aku belajar untuk tarik nafas dalam-dalam.. lepaskan nafas.. dan mengatakan "ini ujian untuk ko, ini balasan untuk ko".
Aku try untuk ambil positif setiap perkara yang berlaku.. Payah jugak kan nak bersihkan hati yang dah hampir nak berkarat ni kan....

Aku pun tak pasti samada doa aku ni Allah sedang makbulkan ke.. atau ini juga ujian dariNya.

Maka tunggu je la apa yang akan berlaku seterusnya.. cuma yang boleh aku katakan kali ini.. aku rasa bahagia.. harap berkekalan...

Sabtu, 9 Julai 2011

Perlu ke?

hari ni sebab diorang sibuk nak berpiket, aku tak jadi nak ke umah ibu, sepatut nak antar tongkat yg dia pesan kelmarin. sengal betul €la. tgk kat berita jalan tutup sana sini. serius, aku tak paham kenapa dan apa perlunya nak buat tunjuk perasaan. g la bincang kat parlimen. bertekak la kat situ. pastu cari jalan agar kalau tak semua, 70€ peratus happy ngan keputusan korang. orang bawah2 sibuk berpiket. yang atas tetap gak kenyang. pastu yg konon td nampak tak sebulu, belakang tabir, minum sesama. politik, mana2 sama je.

dalam ofis aku ni pun apa kurangnya. kita penat2 close deal. eh!! kata org lain sebenarnya bagi business. lu apa hal?? yg kepala ada kat sini pun tak kata apa, bukan dia tak nampak, tapi biasa la masing2 nak lepas tekak sendiri. kalau tak ingat nak besarkan anak2 aku dah lama blah!!

Jumaat, 8 Julai 2011

BERSIH

apa itu bersih? ntah apa2 dorang ni. tak bersyukur dgn keamanan yg ada skrg ni. ya la compare tempat lain, kita masih boleh cari rezeki dgn senang. cuba la gi negara seberang je la, aku yg baru g sana pun rasa rimas. asal kereta berhenti, ada je yg ketuk cermin kereta, cuba nak menjual apa saja yg bleh d jadikan duit. susah nye nak cari sesuap nasi. kalau tak puas hati, kan bleh ada pbincangan, buat jalan yg betul. tak paham aku. menyusahkan orang. aku nak gi umah aku dah tak boleh dah. bosan ar!

Khamis, 7 Julai 2011

kenapa ek?

setiap hari hampir sama je perkara yg berlaku, bosan sgt. agak2 bleh ubah ke muka aku ni so that ada benda baru yg boleh aku tgk. yg dia dgn tak abis2 blur bebal. penat nak explain tak paham2 lg. ko kalau dh tipu tp tak mengaku jgak, bleh plak kata ada reason yg aku tak paham. macam bagus!

Khamis, 23 Jun 2011

Macam-macam dah berlaku...

Hmmm.. Seperti tajuk entri.. macam2 yang dah berlaku semenjak dua menjak ni..

Aku ada beli buku 'MENYUKAT SOLAT DIRI'.. Best sangat isi kandungannya.. Baru aku tau kenapa walaupun aku tengok ada orang tu nampak sembahyang tak tinggal tapi melakukan perkara-perkara mungkar.. Sebab sembahyang dia tak sempurna, tak kusyuk & tak tawaduk..

Dan aku tau kenapa jugak aku apatah lagi dulu, sembahyang rompong sana sini.. lagi la kan?

Aku cuba untuk kusyuk.. cara salah seorang sahabat nabi ialah.. sembelum nak ambil wuduk lagi kita dah perlu dekat kan diri padaNYA, dengan mengangkat dia ke atas, meletakkan diri sebagai hambaNya yang tak mampu nak melakukan apa2 tanpa izinNYA.. mengira segala dosa2 baik kecik apatah lagi besar yang kita lakukan, & paling aku rasa sangat bila kita harus bayangkan malaikat maut berada betul2 di belakang leher kita.. bersedia meragut nyawa kita.. Masa tu memang benar, kita akan melakukan solat dengan linangan air mata..

Takut wooo.. aku benar2 insaf.. Tapi orang jahil macam aku kan.. masa tu terasa la.. pastu.. aku payah sket nak cover perangai.. tapi sedang berusaha kuat untuk cuba jadi muslimah sejati..
Tapi kan.. godaan.. pergh!!! Menggila..

Macam semalam.. sb nak berkaraoke punya pasal.. aku tinggal kan solat asar.. Pastu aku rasa sangat bersalah.. & sampai hari ni rasa sangat bersalah.. Ya la.. Kalau Allah kata 'AKU MALAS NAK BAGI KO REZEKI DULU SEBAB ADA PERKARA LAIN YANG AKU NAK BUAT..."
Eeeeiii.. Memang tak makan la aku kan..???

Ya Allah.. berikan hidayah & petunjukMu pada ku hamba mu yang sangat daif ini ...


.. Ada perkara lain yang berlaku lagi.. awal bulan Jun ni.. Orang yang rapat dengan aku.. yang sebenarnya aku kenal sangat karektor dia.. kali ni tertangkap lagi sebab berbohong pada aku..
Walhal sebelum aku bagi tau dia yang aku dah tau dia berbohong aku dah bagi hint.. so that dia akan jujur.. tapi.. orang blur kan? Haram la.. nak mengaku...

Citernya begini..

Masa : Ptg

SMS dari dia : Esok i akan admit ke hospital

SMS aku : Harap bukan i penyebabnya ya.. Sb dah berapa hari I tak ganggu u dengan
soalan2 kerja & personel yang boleh menaikkan darah u..
(oh ya.. sms ni nada merajuk sb 5 hari sebelum tu dia ada sebut " boleh tak tolong
jangan bagi darah dia naik, u ni memang suka push kan, u memang suka tengok i
sakit kan?..
- hanya kerana soalan bab kerja, buat dia stress.. "HEI !! Semua orang pun stres
kerja la.. bukan ko sorang je.. tak ada pun orang lain atau aku salah kan orang
atas emosi yang ko tak boleh nak kawal sendiri"
SMS dia : I tak penah pun cakap u yang buat i stress & BP i naik.. etc.etc..
SMS aku : La.. u lupa ker.. nak i forward balik msg u.. but anyway.. let me know hospital mana
so that i can visit u..

Malam
SMS dia : Wad kelas 2 penuh la.. i duk wad kelas 3, ramai orang.. boring.. ingat besok nak
balik.

Terus aku call dia.. Tapi haram x berjawap walau pun dah 4x aku call

Then aku sms dia : 'U ni sebenarnya kat mana ? Kenapa x jawap sms u, walhal u baru je
sms i ?.. U dah buat i terpikir benda lain ni...

Dia called : (cakap berbisik.. ) : I tadi kat toilet, ni pun i curi2 sms u, misi tak bagi on hp

Aku : U kat wad berapa ? Tingkat berapa ? Sb Hospital Sg Buloh, i dah penah masuk dulu..

Dia : Kat wad 11, Tingkat 4

Aku : Ok la, esok i datang ziarah.. ni dari pintu besar la masuk kan? (Sebenarnya aku main
bantai cakap je.. sb aku dapat rasa dia berbohong, beside semua pintu hospital tu besar)

Dia : ha'ah .. ya.. tapi mcm ni la, esok pagi i call u, kalo i masih lagi x kuar, tp kalo i kuar u
tak payah la datang.

Aku : Ok.. u rehat la.. karang banyak cakap stress pulak..


Firasat aku sangat kuat mengatakan dia berbohong.. sb dulu pun aku penah jugak dapat tau dia berbohong, tapi aku tak confront dia betul2 sebab malas nak bertengkar...

Lepas letak tepon, aku call hospital minta bahagian pendaftaran & tanya nama & IC no, samada ada tak patient yang admitted.. Diorang kata tak ada.. so aku cakap, dia kat wad 11..

Best answer from them : kak kat sini tak ada wad 11..

DAAMMMMMNNN.. dah agak dah.. tak per.. sabar ya.. tunggu ko..


aku sms dia : I sangat suka citer CSI, kalo i jadi penyiasat, i memang terror..
Dr Fadilah Kamsah kata, i paling pantang orang berbohong, i lebih
rela dengar dari empunya diri, biarpun hati i pedih nak terima..
Jadi.. Renung2kan la ya.. Selamat malam..

SMS dia : Selamat Malam

Next morning 10.30am

SMS aku : I ada kat pendaftaran hospital skrang, diorang kata x ada patient nama
sekian & tak ada pun wad 11
I don't understand why u have to lied to me.. Untuk apa ek.. betul2 x paham

After half of the day gone
SMS dia : Ya.. I kat umah, bukan dekat hospital, tp BP i mmg naik tinggi, u boleh check
dengan panel doktor kita..


Night
Aku SMS dia panjang lebar.. luahkan segala rasa kecewa aku.. & tak paham kenapa dia sangat suka berbohong.. bukan budak kecik nak tarik perhatian aku.. kalo nak, cakap je la..

After that incident.. aku memang malas lagi nak anggap dia orang yang paling rapat dengan aku. Bertahun aku cuba educate dia untuk jadi manusia jujur.. sb tanpa kejujuran, kita tak akan hidup senang.. sb apa yang kita bohong kan, akan memakan diri...

Yesterday night
Dia SMS lagi.. minta maaf untuk kali ke 4 kot.. which.. untuk aku lafazkan aku maaf dia..
amatla payah.. sb aku dah bagi banyak kali peluang.. tapi dia tak tau nak menghargai..
Rasanya aku tak rugi hilang dia sebagai kawan pun..

Aku nak dia sedar & menyesal yang benar2 menyesal.. sb.. 2 hari lepas aku saja test dia
cakap sesuatu perkara tentang isu dalam meeting di PD which aku cakap.. u jangan cakap
dengan sesapa dulu.. sb belum betul2 confirm.. nanti pihak kat sini akan cakap dgn u..

Alih-alih.. dia g cakap dengan sorang colleague kita kat PD ni..

Then aku cuma cakap.. kenapa u x sabar ni.. dah i bagi amanah jgn cakap dulu.. I baru je
nak belajar letak kepercayaan i balik pada u.. perkara paling mudah pun u tak boleh buat.

Dia tak akan belajar la dari kesilapan.. Terlalu ego untuk terima hakikat yang dia memang
ada masalah dalaman yang sangat kronik.. sb semua orang mmg ada masalah nak berkerja dengan dia.. Not only me..

I have done my part of all this years.. secara lembut tak boleh jugak.. then senang citer..
LANTAK la.. hidup ko.. Aku dah penat !!!


I am happy now.. sb tak perlu sakit hati lagi.. LALAALALALALA..

Sabtu, 4 Jun 2011

Perjalanan ku

Alhamdulillah.. aku bersyukur ke hadratNya.. kerana memberi aku kekuatan untuk menghadapi dugaan idup..

Tenang setiapkali aku dapat melakukan solat mengikut waktu yang sebelum ni.. Hmmm.. nak dapat seminggu sekali pun payah... Kerja seperti biasa.. bulan lepas, memandangkan aku tidak bersungguh pada bulan April.. (terlalu emosional dengan keadaan aku, melayan jiwa lara.. memikirkan akan penghijrahan yang perlu ku lakukan) maka Sales bulan Mei adalah sangat mengecewakan..

Tapi aku harus bangkit.. Yup!! Rezeki tak kan datang bergolek kalau tak di usahakan..
Jadi aku mulai sibuk bulan Mei lepas call sana sini, jumpa client, mengharap agar ada yang sangkut & sales production aku untuk bulan June tak teruk..

Anak-anak aku, alhamdulillah.. Syuqry kena demam campak.. Aku berterimakasih pada staff housekeeping sebab membantu aku mencari daun semambu & kelapa muda (siap tinggal aku tebuk untuk keluarkan airnya saja) - Berkat aku beramah mesra dengan mereka selama ini. Betul kata orang tak rugi kalau kita sentiasa senyum & bertegur sapa tidak mengira pangkat & darjat. Bukan kah semua manusia itu sama kecuali imannya..

Aku tak faham, bila ada seseorang yang ku kenal, bukan la sesapa pun, tapi sombong benar dengan operation staff.. Macam la pangkat dia besar sangat di company ni.. Entahla.. Harap dia sedar nanti..

Oh ya.. PC aku ni dah boleh dengar radio.. Seronok rasanya.. at least boleh la aku dengar merapu meraban orang2 di Sinar FM..

Report dah siap.. Tinggal tunggu masa untuk Dinner malam nanti. Group dari Canon Opto ada di sini..