Sabtu, 30 April 2011

Sedih..

Aku sebenarnya tak pasti.. kenapa la.. adik ku yang sorang ni.. jadi macam ni..

Dia yang tuhan beri rezeki yang melimpah ruah.. (Punya suami penyayang, rumah besar, anak2 yang bijak, kehidupan yang terlalu jauh lebih baik dari waktu kami kecik2 dulu)

Hanya kerana sb bertengkar dengan sorang lagi adik ku mengenai "kenapa tak nak belanja & biskut mahal" - telah membuang saudara dalam FB list nya..

Sedih.. bila melihat adik2 ku ini masing2 buat statement status yang sebenarnya memperbodohkan diri di alam cyber ni utk yang lain lihat & bertepuk tangan..

Mungkin betul kot kata adik lelaki yang sorang ni..katanya ada saudara tu kata.. SAKA yang ada dalam famili ni membuat kan kami adik beradik PANAS & tak dapat bersatu..

Entahlah? Pada aku bermula dari hati masing2.. Seharusnya dah berusia begini.. adatla manusia tidak ada yang sempurna.. ini kan pula kita.. bertolak ansur la menerima ketidak sempurnaan masing2.. Ini tak masing2 pikir masing2 la betul & tidak ada cacat celanya.. Maka orang lain tu la yang salah..

Dah tak tau aku nak buat apa.. Aku cuba cool kan kedua2nya.. Tapi akhirnya aku jugak di buang..

& hari ni dah berberapa hari perkara ni berlaku .. it's really makes me feel so down..

Muhasabah diri...

Menaip balik catatan 10 SEBAB TIDAK DIGALAKKAN PILIH SUAMI ORANG.. buat aku lebih banyak berpikir.. selama ini penantian aku hanya-hanyalah sia-sia..

Entahlah..! Bila perasaan cinta menguasai diri, aku hilang pertimbangan.. Aku seharusnya sudah matang dalam menghadapi hidup.. Hampir 42 tahun usia ku.. Sepatutnya aku dari awal lagi sedar akan risiko yang bakal ku ambil bila memilih dia sebagai kekasih hati..

Pelikkan? Aku yang dari awalnya tidak mau lagi terjebak dengan perasaan ini.. telah membiarkan ianya menguasai aku.. Kini.. aku sedar.. aku harus bangkit.. & aku harus pergi...

Cinta seharusnya aku beri kepada yang maha Esa.. agar ketenangan yang ku cari selama ini dapat aku miliki..

Ya Allah .. Berilah aku kekuatan itu...

10. MASI ITU EMAS! & KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu udah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua.. khususnya wanita..

Lebih-lebih lagi peringatan kepada diri aku sendiri.. hmmmmmm

9. BERWASPADALAH DENGAN 'BOOMERANG KESALAHAN"

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan & tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan ornag lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika di menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiii.. Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seroang yang menderita !

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang? Sebaliknya da pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak ornag lain, tak mustahil orang lain pula akan mengabil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dlam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya di sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggyup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur & tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat & diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi & jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

apa yang dimaksukan disini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

Sambungan 10 sebab.......

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalau mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang. !!!!

Rabu, 27 April 2011

Sambung 10 sebab.....

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

Isnin, 25 April 2011

10 sebab tidak di galakkan pilih suami orang

Sebab 1

SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dlm rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diber sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapat kan cinta kamu saja...


Hmmm..... ????

Jumaat, 22 April 2011

Tuhan lebih Mengetahui & mengatur perjalanan kita

Dua tiga hari lepas aku memang sangat bengang, marah, kecewa. I try to be as tolerate as i could be.. but everyone has their limits of being patience.

Dan waktu tu aku dah buat keputusan.. Cukup-cukupla selama ini aku banyak sangat beri peluang untuk dia.. Beritahu bagaimana nak improve diri - aku tak la kata aku bagus or baik sangat. At least aku tak hipokrit. Aku pakai ikut suka aku. Aku cakap bila aku yakin yang aku benar. Kalau aku tau aku salah, aku tak malu nak mengaku memang salah aku & selalunya sambil mentertawakan kebodohan aku, aku mohon maaf..

So.. hari tu aku nekad, aku dah letih nak bagi dia peluang lagi. Aku keraskan hati untuk tidak lagi memberi lagi peluang. Sebab terasa sangat selama ini dia tidak benar2 menjaga hati aku. Menghargai aku. Itu belum lagi cerita-cerita rekaan yang dia pikir aku tidak tau.. Silap la..

Aku sangat mengenali karektor orang, pengalaman deal dengan berbagai ragam manusia sejak umur ku 22 tahun banyak mengajar aku. Di tambah dengan sikap aku yang sangat suka membaca apa jua bahan ilmiah tentang peribadi manusia.. Aku dah lali..

Dua hari aku mendiamkan diri.. Tapi kalau dia benar2 memerlukan aku dalam hidup dia, tentu dia sedar apa yang telah dia lakukan. Walhal aku dah siapkan terangkan pada dia apa yang buat aku terasa hati & aku bukan bercakap ikut emosi aku bercakap ikut fakta. Siap aku bagi kemungkinan-kemungkinan yang membuat dia melakukan apa yang telah dia lakukan.

Eh!!!??? Aku pulak dia salahkan sebab aku tak pernah nak faham dia, sengaja mencari salah dia. Sampai dia takut nak cakap apa2 takut aku menganggap lain. Kalau aku seorang je berperasaan macam tu, mungkinla aku saja yang emosi. Tapi kalau orang lain yang berada di tempat & waktu yang sama menyatakan mereka juga merasakan apa yang aku rasa.. Bukan itu sudah menunjukkan memang yang dia buat tu salah..

Tak faham aku.. ??? Tapi ENOUGH IS ENOUGH sebab aku dah malas nak cakap apa-apa lagi.

Kebetulan ada perkara lain yang terjadi yang aku rasa adalah perancangan dari DIA.. Dia lebih tau apa yang ku doa & berharap selama ini.. apa yang aku selalu impikan akan jadi kenyataan

Doakan ya...

Rabu, 20 April 2011

Family ku...

Bila tengok gambar ni.. aku jadi rindu.. Rindu pada ayah.. Kalau dia ada dia adalah insan yang paling happy.. bila tengok kami semua ada waktu ni... Dapat anak 4 perempuan 1 lelaki.. sekali kuar cucu berderet2 lelaki jer ramai..

Aku.. ??.. Hapi jer idup solo...

Apala lembap sangat otak ko hah!!

Aku tak paham la.. Pangkat jer besau.. akal tak nak guna.. Bebal lau makan di ajar tak pe la gak. Ni jenis tak boleh nak terima pakai apa orang cakap. Sebab pada dia apa orang cakap semua tak betul. Pikir la dulu. Ni tak orang cakap pasal perkara lain, ko cakap perkara lain. Pastu ko cakap orang tak paham ko..

Walhal ko sendiri tak paham diri ko.. Ko tak kenal pun diri ko. Aku bosan la nak explain sehabis simple mungkin tuk bagi ko paham.. Tapi kalo dah blur tu blur la jugak.. Buat penat buang air liur explain jer..

Eeeiiii.....!!!!!! Gerammnya aku...!!!!

Isnin, 18 April 2011

Keliru..

Minggu lepas, minggu yang sangat memenatkan... 3 hari di Kuala Trengganu menghadiri seminar. Meletihkan.. Nasib baik trainer & isi yang di beri sangat menarik minat aku.

Tajuk : STRATEGIC SALES MANAGEMENT DEVELOPMENT PROGRAM
Trainer : Pak Non (Zaifa Venture)

Its really interesting when you get to know yourself better from this seminar. Aku memang dari dulu sangat berminat dengan mengkaji human behaviour. Sebab pada aku dari situ aku juga boleh memperbaiki diri aku sendiri. Ya la, terlalu banyak kekurangan & ketidaksempurnaan sikap yang ada dalam diri..

Dan yang paling bagusnya i got to get someone i am close with knows himself better... Harap dia akan tahu ada beberapa perkara yang dia lakukan mengecilkan hati orang di sekeliling & buat orang menjadi marah pada dia.

Anyway, overall ianya telah buat aku lebih banyak berpikir.. (eeei...!!! aku ni tak abis2 berpikir, kang botak jugak kepala)

Nanti ada masa, aku akan sambung lagi..

Jumaat, 8 April 2011

Hujung Minggu Lagi....

Sekejapnya masa berlalu. Dah Jumaat.. Dah kena layan lagi group yang masuk.

Pagi ni kelam kabut.. Almaalum.. bila mood tiada, nak bangun dari katil pun adalah sedikit...
Eh?? Sebenarnya sangat la beratnya..

So berpisat2 goreng ikan (ya.. hari ni, sempat goreng ikan jer, sambal nya tak sempat)
Masak nasi.. mandi & bersiap.. Tapi macam biasa tengah nak cepat bersiap, masa tu la guest call tanya, kat mana nak check-in la, kat mana bilik diorang la.. Kena la layan.. walaupun masa tu baru je kuar bilik air & nak make-up kan diri..

Eh.. dah letak tepon, nak sambung make-up, berdering lagi.. Kali ni tanya pulak sudu nak "stir" air kopi/teh tak ada.. Pergh!! Lau benda kecik macam tu nak call aku.. mati la..

Budak2 F&B ni pun satu.. Dah la sket punya susah ke nak dapat kan groups / sales untuk resort ni.. Dah dapat, dah aku arrange, tak kan la nak jaga bahagian ngko pun payah..

So aku call la plak exec F&B ni.. bgtau, sudu/stirrer tu tak ada.. Sampai la aku dah sampai resort.. Stirrer tu masih diorang tak letak lagi.. Apa punya sengal la.. Tak tau mana nak letak muka.. Nama jer 4 star kan.. kadang2 servis.. hmmmmphh!!!

Sekarang ni, stay back lagi, nak pastikan malam ni dinner diorang berjalan lancar... Beside report yang berlambak tak di siapkan belum aku start pun.. Malas sungguh rasanya nak buat report..
Dulu kat tempat lama, report hanya perlu masukkan revenue yang telah ko buat je for that week. Kat sini, dah macam Karangan Bahasa Inggeris jer.. semua nak d letak.

Tak ada kerja lain buat report jer ker. Walhal banyak yang nak di follow up kan lagi.. Masa yang di ambil untuk buat report tu elok di gunakan untuk close deal dgn guest lagi baik..

Tapi dah jadi kuli kan.. kena la follow rules & regulation.

Bila la agaknya dapat duit 2 juta ker.. bleh aku berhenti kerja.. & duk umah uruskan anak2 jer..

BOOOOOSAAAAAANNNNNN!!!!!

Sabtu, 2 April 2011

Yang berlegar di fikiran

Hujung minggu.. macam selalu resort di penuhi manusia-manusia yang lari dari hiruk pikuk kerja & beriadah di sini.. Tapi kalo semua orang tuju tempat yang sama... Pergh!! Bingit..!!!

Ada 2 groups masuk weekend ni.. Tadi dah layan satu group.. Start dengan Tele-match.. so far no complaint.. diorang happy.. Aku lagi la happy kan?

Tapi dalam kesibukan melayan guest mereka-mereka ni.. hati aku tetap gak rasa sendiri..

Entahla.. tak tau apa yang nak di cari..

Ketenangan? Rasa nya hidup ku sekarang jauh lebih tenang dari dulu..

Sunyi? Anak ramai.. tak pernah pun diorang tu boleh duk diam..

Apa ye yang kurang ???

Lupa plak.. Group yang satu ni.. ada gak macam kurang selesa pasal nak buat POCO-POCO esok pagi.. katanya takut lari akidah.. EH??? Aku tak nampak pun apa yang lari.. Ko kata nak buat exercise berirama kan.. HA!! Ok la tu.. Pelik aku.. Setahu aku ISLAM itu Mudah.. Tapi yang mengamalkannya yang buat kan semua nya nampak payah.. katanya melambang kan salib step tarian tu..

Dah tu.. tak yah tulis huruf "t" dalam setiap tulisan ko.. bukan ke huruf "t" tu nampak seperti salib ??? So jawapan aku mudah.. ko nak ko buat.. ko rasa was-was jangan buat..

Macam gak beberapa malam lepas aku menonton channel OASIS tajuk telemovie QALBU mengenai POLIGAMI..

Nampak mudah tapi berat.. berperang dengan perasaan watak isteri yang harus meredakan suaminya berkahwin lain. Berperang perasaan jugak si suami bilamana bakal isteri baru tiba-tiba lumpuh. Begitu jugak si anak yang payah nak menerima ayah nya tidak setia kepada ibunya..

Ah...!! Aku dari dulu tak pernah menidakkan hukum Allah..

Malah pernah dulu bekas suami mengatakan dia ada perempuan lain.. Ya.. pada mula mendengar memang rasa sangat sakit hati. Tapi bagi aku.. aku lebih rela mendengar dari mulut dia daripada mendengar dari kata2 orang sekeliling.. Dengan rela hati, aku menjemput perempuan tu bertandang ke rumah kerana aku ingin mengenali siapa yang telah mencuri hati bekas suami ku.. (siap aku masak nasi ayam lagi nak jamu dia makan)

Citer lama.. Kadang2 kita cuba jadi isteri yang terbaik buat suami kita.. meredhakan apa jua perbuatannya sebab dia pilihan kita.. Tapi sebagai manusia kita juga punya batas2 kesabaran.
Kita juga punya impian ingin kebahgiaan cara kita..

Kita akhirnya bertanya pada diri kita.. "inikah yang kita nak tempuh 10 tahun akan datang ?"
"inikah yang kita akan terima 15 tahun akan datang"

Manusia cuma akan sedar & berubah bila hatinya sendiri telah timbul kesedaran itu..
Tapi sekiranya dia berubah kerana takut kita akan meninggalkanya.. PERUBAHAN itu tidak akan kekal.. sebab ianya akan kembali ke sikapnya yang asal..

Sebab itu.. aku keluar dari hubungan yang aku tak nampak akan ada perubahan kepada kebaikan.. Berbelas tahun aku memohon.. akhirnya Istikharah juga yang memberi jawapan yang terbaik..

Dan kini aku tenang, aku gembira di samping anak2.. Sunyi.. ??? Pandai2 la aku isikan masa sunyi ku dengan banyak perkara-perkara yang lebih berfaedah..

Alhamdulillah... Life must go on.. Akan ku susuri jalan yang telah DIA aturkan buat ku...