Sabtu, 4 Jun 2011

Perjalanan ku

Alhamdulillah.. aku bersyukur ke hadratNya.. kerana memberi aku kekuatan untuk menghadapi dugaan idup..

Tenang setiapkali aku dapat melakukan solat mengikut waktu yang sebelum ni.. Hmmm.. nak dapat seminggu sekali pun payah... Kerja seperti biasa.. bulan lepas, memandangkan aku tidak bersungguh pada bulan April.. (terlalu emosional dengan keadaan aku, melayan jiwa lara.. memikirkan akan penghijrahan yang perlu ku lakukan) maka Sales bulan Mei adalah sangat mengecewakan..

Tapi aku harus bangkit.. Yup!! Rezeki tak kan datang bergolek kalau tak di usahakan..
Jadi aku mulai sibuk bulan Mei lepas call sana sini, jumpa client, mengharap agar ada yang sangkut & sales production aku untuk bulan June tak teruk..

Anak-anak aku, alhamdulillah.. Syuqry kena demam campak.. Aku berterimakasih pada staff housekeeping sebab membantu aku mencari daun semambu & kelapa muda (siap tinggal aku tebuk untuk keluarkan airnya saja) - Berkat aku beramah mesra dengan mereka selama ini. Betul kata orang tak rugi kalau kita sentiasa senyum & bertegur sapa tidak mengira pangkat & darjat. Bukan kah semua manusia itu sama kecuali imannya..

Aku tak faham, bila ada seseorang yang ku kenal, bukan la sesapa pun, tapi sombong benar dengan operation staff.. Macam la pangkat dia besar sangat di company ni.. Entahla.. Harap dia sedar nanti..

Oh ya.. PC aku ni dah boleh dengar radio.. Seronok rasanya.. at least boleh la aku dengar merapu meraban orang2 di Sinar FM..

Report dah siap.. Tinggal tunggu masa untuk Dinner malam nanti. Group dari Canon Opto ada di sini..

Tiada ulasan: