Sabtu, 2 April 2011

Yang berlegar di fikiran

Hujung minggu.. macam selalu resort di penuhi manusia-manusia yang lari dari hiruk pikuk kerja & beriadah di sini.. Tapi kalo semua orang tuju tempat yang sama... Pergh!! Bingit..!!!

Ada 2 groups masuk weekend ni.. Tadi dah layan satu group.. Start dengan Tele-match.. so far no complaint.. diorang happy.. Aku lagi la happy kan?

Tapi dalam kesibukan melayan guest mereka-mereka ni.. hati aku tetap gak rasa sendiri..

Entahla.. tak tau apa yang nak di cari..

Ketenangan? Rasa nya hidup ku sekarang jauh lebih tenang dari dulu..

Sunyi? Anak ramai.. tak pernah pun diorang tu boleh duk diam..

Apa ye yang kurang ???

Lupa plak.. Group yang satu ni.. ada gak macam kurang selesa pasal nak buat POCO-POCO esok pagi.. katanya takut lari akidah.. EH??? Aku tak nampak pun apa yang lari.. Ko kata nak buat exercise berirama kan.. HA!! Ok la tu.. Pelik aku.. Setahu aku ISLAM itu Mudah.. Tapi yang mengamalkannya yang buat kan semua nya nampak payah.. katanya melambang kan salib step tarian tu..

Dah tu.. tak yah tulis huruf "t" dalam setiap tulisan ko.. bukan ke huruf "t" tu nampak seperti salib ??? So jawapan aku mudah.. ko nak ko buat.. ko rasa was-was jangan buat..

Macam gak beberapa malam lepas aku menonton channel OASIS tajuk telemovie QALBU mengenai POLIGAMI..

Nampak mudah tapi berat.. berperang dengan perasaan watak isteri yang harus meredakan suaminya berkahwin lain. Berperang perasaan jugak si suami bilamana bakal isteri baru tiba-tiba lumpuh. Begitu jugak si anak yang payah nak menerima ayah nya tidak setia kepada ibunya..

Ah...!! Aku dari dulu tak pernah menidakkan hukum Allah..

Malah pernah dulu bekas suami mengatakan dia ada perempuan lain.. Ya.. pada mula mendengar memang rasa sangat sakit hati. Tapi bagi aku.. aku lebih rela mendengar dari mulut dia daripada mendengar dari kata2 orang sekeliling.. Dengan rela hati, aku menjemput perempuan tu bertandang ke rumah kerana aku ingin mengenali siapa yang telah mencuri hati bekas suami ku.. (siap aku masak nasi ayam lagi nak jamu dia makan)

Citer lama.. Kadang2 kita cuba jadi isteri yang terbaik buat suami kita.. meredhakan apa jua perbuatannya sebab dia pilihan kita.. Tapi sebagai manusia kita juga punya batas2 kesabaran.
Kita juga punya impian ingin kebahgiaan cara kita..

Kita akhirnya bertanya pada diri kita.. "inikah yang kita nak tempuh 10 tahun akan datang ?"
"inikah yang kita akan terima 15 tahun akan datang"

Manusia cuma akan sedar & berubah bila hatinya sendiri telah timbul kesedaran itu..
Tapi sekiranya dia berubah kerana takut kita akan meninggalkanya.. PERUBAHAN itu tidak akan kekal.. sebab ianya akan kembali ke sikapnya yang asal..

Sebab itu.. aku keluar dari hubungan yang aku tak nampak akan ada perubahan kepada kebaikan.. Berbelas tahun aku memohon.. akhirnya Istikharah juga yang memberi jawapan yang terbaik..

Dan kini aku tenang, aku gembira di samping anak2.. Sunyi.. ??? Pandai2 la aku isikan masa sunyi ku dengan banyak perkara-perkara yang lebih berfaedah..

Alhamdulillah... Life must go on.. Akan ku susuri jalan yang telah DIA aturkan buat ku...

Tiada ulasan: