Sabtu, 30 April 2011

Sedih..

Aku sebenarnya tak pasti.. kenapa la.. adik ku yang sorang ni.. jadi macam ni..

Dia yang tuhan beri rezeki yang melimpah ruah.. (Punya suami penyayang, rumah besar, anak2 yang bijak, kehidupan yang terlalu jauh lebih baik dari waktu kami kecik2 dulu)

Hanya kerana sb bertengkar dengan sorang lagi adik ku mengenai "kenapa tak nak belanja & biskut mahal" - telah membuang saudara dalam FB list nya..

Sedih.. bila melihat adik2 ku ini masing2 buat statement status yang sebenarnya memperbodohkan diri di alam cyber ni utk yang lain lihat & bertepuk tangan..

Mungkin betul kot kata adik lelaki yang sorang ni..katanya ada saudara tu kata.. SAKA yang ada dalam famili ni membuat kan kami adik beradik PANAS & tak dapat bersatu..

Entahlah? Pada aku bermula dari hati masing2.. Seharusnya dah berusia begini.. adatla manusia tidak ada yang sempurna.. ini kan pula kita.. bertolak ansur la menerima ketidak sempurnaan masing2.. Ini tak masing2 pikir masing2 la betul & tidak ada cacat celanya.. Maka orang lain tu la yang salah..

Dah tak tau aku nak buat apa.. Aku cuba cool kan kedua2nya.. Tapi akhirnya aku jugak di buang..

& hari ni dah berberapa hari perkara ni berlaku .. it's really makes me feel so down..

Tiada ulasan: