Sekejapnya masa berlalu. Dah Jumaat.. Dah kena layan lagi group yang masuk.
Pagi ni kelam kabut.. Almaalum.. bila mood tiada, nak bangun dari katil pun adalah sedikit...
Eh?? Sebenarnya sangat la beratnya..
So berpisat2 goreng ikan (ya.. hari ni, sempat goreng ikan jer, sambal nya tak sempat)
Masak nasi.. mandi & bersiap.. Tapi macam biasa tengah nak cepat bersiap, masa tu la guest call tanya, kat mana nak check-in la, kat mana bilik diorang la.. Kena la layan.. walaupun masa tu baru je kuar bilik air & nak make-up kan diri..
Eh.. dah letak tepon, nak sambung make-up, berdering lagi.. Kali ni tanya pulak sudu nak "stir" air kopi/teh tak ada.. Pergh!! Lau benda kecik macam tu nak call aku.. mati la..
Budak2 F&B ni pun satu.. Dah la sket punya susah ke nak dapat kan groups / sales untuk resort ni.. Dah dapat, dah aku arrange, tak kan la nak jaga bahagian ngko pun payah..
So aku call la plak exec F&B ni.. bgtau, sudu/stirrer tu tak ada.. Sampai la aku dah sampai resort.. Stirrer tu masih diorang tak letak lagi.. Apa punya sengal la.. Tak tau mana nak letak muka.. Nama jer 4 star kan.. kadang2 servis.. hmmmmphh!!!
Sekarang ni, stay back lagi, nak pastikan malam ni dinner diorang berjalan lancar... Beside report yang berlambak tak di siapkan belum aku start pun.. Malas sungguh rasanya nak buat report..
Dulu kat tempat lama, report hanya perlu masukkan revenue yang telah ko buat je for that week. Kat sini, dah macam Karangan Bahasa Inggeris jer.. semua nak d letak.
Tak ada kerja lain buat report jer ker. Walhal banyak yang nak di follow up kan lagi.. Masa yang di ambil untuk buat report tu elok di gunakan untuk close deal dgn guest lagi baik..
Tapi dah jadi kuli kan.. kena la follow rules & regulation.
Bila la agaknya dapat duit 2 juta ker.. bleh aku berhenti kerja.. & duk umah uruskan anak2 jer..
BOOOOOSAAAAAANNNNNN!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan